TADBIR URUS
Laman Utama / Tadbir Urus
PERSEKITARAN BEBAS RASUAH
Kami komited dalam mengguna pakai piawaian tertinggi tingkah laku integriti dan etika di setiap aspek aktiviti dan operasi perniagaan kami. Kami menerapkan Persekitaran Perniagaan Bebas Rasuah daripada segala bentuk rasuah dan suapan, dan mengambil pendirian tegas terhadap perilaku tersebut.
PNBD sebagai anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) berikrar untuk memperkukuhkan lagi inisiatif Kumpulan PNB bagi mewujudkan persekitaran perniagaan bebas rasuah bertujuan meyakinkan pemegang tunggal kami iaitu PNB serta pihak berkepentingan dalam menjalankan perniagaan mengikut tahap integriti, piawaian etika dan akauntabiliti tertinggi.
PEMBERI MAKLUMAT
PNBD komited kepada piawaian tertinggi dalam mengamalkan sikap terbuka, kejujuran dan akauntabiliti. Selaras dengan komitmen tersebut, PNBD mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai maklumat terhadap sebarang salah perilaku dalam organisasi PNBD untuk tampil dan menyuarakan keprihatinan mereka. Untuk memberi sebarang maklumat, sila klik di bawah.
CARA MELAPORKAN SEBARANG KETIDAKPATUHAN, PENIPUAN, RASUAH ATAU SOGOKAN
- Ketua Tadbir Urus
- PNB Development Sdn Berhad No 1, Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
- governance@pnbdevt.my
- 603-8739 9339 Ext: (327)
- Ketua Pematuhan & Integriti Kumpulan
- Bahagian Pematuhan & Integriti, Permodalan Nasional Berhad, Tingkat 26, Menara PNB, 201-A, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
- CIgO@pnb.com.my
- 603-2050 5294
KOD ETIKA PERNIAGAAN (CoBE) KUMPULAN PNBD
CoBE ini terpakai kepada Ahli Lembaga Pengarah, pengurusan, pekerja, pihak berkepentingan Kumpulan PNBD serta rakan perniagaannya. Mereka hendaklah bertindak dan bekerja dengan jujur dan berintegriti pada setiap masa dan mematuhi CoBE ini. Untuk butiran terperinci mengenai CoBE ini, sila klik di bawah.
PERNYATAAN POLISI PENCEGAHAN SOGOKAN DAN PENCEGAHAN RASUAH KUMPULAN PNBD (Pernyataan Polisi ABC Kumpulan PNBD)
Pernyataan Polisi ABC Kumpulan PNBD ini menetapkan tanggungjawab Lembaga Pengarah, pengurusan kanan, pekerja, pihak berkepentingan Kumpulan PNBD serta rakan perniagaannya berkenaan dengan memperhatikan dan menegakkan prinsip. Persekitaran Perniagaan Bebas Sogokan/Rasuah, yang merupakan sebahagian daripada usaha pencegahan rasuah Kumpulan PNBD. Ianya juga memberikan panduan dan sebilangan besar standard yang wajib dipatuhi oleh mereka, tanpa terkecuali. Untuk perincian mengenai Pernyataan Polisi ABC Kumpulan PNBD, sila klik di bawah.