KELAYAKAN

Laman Utama / Kelayakan

Kriteria Kelayakan

Prosedur Untuk Pemilikan Kediaman Anda

PRA-PENDAFTARAN

Daftar ke laman web rasmi ini untuk mengetahui sama ada anda layak untuk memiliki rumah impian anda.
Kami akan menghantar makluman dan kata laluan menerusi SMS dan emel bagi melengkapkan proses pendaftaran dan log masuk.

Nota: Segala makluman kepada anda akan dibuat menerusi SMS dan emel.

PERMOHONAN

Log masuk ke portal pengguna anda dan pilih satu lokasi pilihan anda dan isikan maklumat yang diperlukan. Anda akan menerima Surat Tawaran Awal melalui emel berserta maklumat mengenai dokuman yang perlu dihantar

Pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen di bawah selepas menerima Surat Tawaran Awal:

1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan
2. Salinan Kad Pengenalan Anak-anak (untuk yang sudah bercerai)
3. Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian
4. Surat Akuan Bersumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah/Penghulu/Pengamal Undang-Undang/ Pegawai Daerah sekiranya pasangan tidak bekerja, tidak pernah membeli rumah & mempunyai perniagaan sendiri
5. Penyata KWSP pemohon dan pasangan (jika berkaitan)
6. Salinan Penyata Akaun Bank terkini selama 3 bulan pemohon dan pasangan
7. Salinan Penyata Gaji terkini selama 3 bulan pemohon dan pasangan
8. Pemohon dan Pasangan dikehendaki mengemukakan penyata CCRIS
9. Laporan cukai pendapatan bagi yang bekerja sendiri

Muat turun borang permohonan rasmi di sini.

Semua dokumen perlu dihantar ke:

Kota Seriemas Sales Gallery
Block B, Lot 1-G,
Jalan Laman Cempaka 1A Kota Seriemas,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Pemohon hanya boleh memohon satu jenis kediaman sahaja. Setiap permohonan hanya sah selama 2 tahun. Permohonan dalam senarai menunggu melebihi 2 tahun akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem. Oleh itu, pemohon yang masih berminat perlu memohon semula.

TAWARAN PEMBELIAN

Sekiranya anda memenuhi semua kriteria yang diperlukan, Surat Tawaran Pembelian akan dikeluarkan melalui emel dan SMS. Anda juga boleh menyemak status anda melalui portal pengguna yang disediakan.

PENGUNDIAN DAN PEMILIHAN UNIT

Surat Jemputan Untuk Pengundian akan dikeluarkan kepada mereka yang layak membeli berserta masa dan lokasi. Surat tersebut akan dikeluarkan melalui emel dan SMS. Proses pengundian hanya akan mengambil kira mereka yang hadir. Mereka yang tidak hadir akan disenarai hitam. Jangan bimbang sekiranya anda tidak berjaya memiliki mana-mana unit pada hari tersebut kerana nama anda akan disenaraikan untuk fasa akan datang atau lokasi yang berlainan.

PERJANJIAN JUAL BELI

Perjanjian Jual Beli (SPA) perlu ditandatangani untuk melengkapkan urusan jual beli.

PEMBIAYAAN

Anda perlu mendapatkan pembiayaan daripada bank-bank pilihan anda ataupun daripada bank-bank panel kami.

PENYERAHAN PEMILIKAN UNIT

Setelah pembinaan kediaman siap dan Sjil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperolehi, kediaman akan diserahkan secara rasmi, sekaligus menjadikan anda pemilik kediaman berkualiti PNB ValueHomes.
Scroll to Top