Ketahui cara menceriakan orang tersayang dengan pusaka yang anda wariskan

Laman Utama / Ketahui cara menceriakan orang tersayang dengan pusaka yang anda wariskan

Ketahui cara menceriakan orang tersayang dengan pusaka yang anda wariskan

Apakah yang dikatakan pusaka? Pusaka ialah sesuatu yang anda wariskan untuk orang tersayang dan mampu membuatkan kehidupan lebih baik daripada sebelumnya. Pusaka merupakan sebahagian daripada diri anda yang anda wariskan. Sesetengah orang mungkin menderma kepada badan kebajikan dan yayasan, kebanyakan orang pula akan mewariskan kesemua harta, terutamanya hartanah kepada keluarga mereka. Bagaimanakah caranya untuk memastikan keluarga anda menerima pusaka yang anda wariskan tanpa sebarang kesulitan?

Sediakan wasiat

Meskipun hubungan antara ahli keluarga anda rapat, sebaiknya sediakan wasiat seawal yang mungkin untuk mengelakkan perbalahan mengenai pengagihan harta. Jangan anggap penyediaan wasiat membawa kepada nasib malang yang akan menyebabkan kematian awal. Sebaliknya, anggaplah ia sebagai pusaka yang anda tinggalkan demi memastikan kebajikan setiap orang tersayang terpelihara pada masa depan.

Jangka dan minimumkan pertikaian pusaka

Sudah semestinya anda inginkan hanya yang terbaik buat mereka yang anda sayangi; namun dalam hal yang melibatkan warisan harta pusaka, anda juga perlu menjangkakan kemungkinan berlakunya pertikaian. Lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai hubungan yang unik seperti ibu bapa tiri dan anak tiri. Demi meminimumkan pertikaian dalam keluarga, jelaskan awal-awal lagi bagi memastikan mereka memahaminya, baik semasa anda hidup ataupun sudah tiada.

Peruntukkan barangan peribadi secara berasingan

Lazimnya, barangan peribadi mempunyai nilai sentimental berbanding nilai wang. Sebaiknya, sediakan senarai berasingan bersama arahan terperinci mengenai siapa yang akan mewarisi barangan seperti barang hiasan dan barang kemas. Ini akan dapat mengelakkan pertikaian antara sesama ahli keluarga, lebih-lebih lagi jika barangan peribadi tersebut amat bernilai.

Perancangan harta pusaka

Apakah perancangan harta pusaka? Pertama sekali, harta bukan sekadar hartanah, malah segala yang anda miliki seperti kereta, pelaburan, hak milik peribadi, insurans, dan simpanan. Ini bermakna, perancangan harta pusaka melibatkan perancangan siapa yang akan menerima harta anda dan apa yang bakal mereka warisi sekiranya sesuatu terjadi kepada anda. Perancangan harta pusaka yang baik bukan sekadar melibatkan apa yang harus diberi, malah apa yang tidak terkecuali seperti hutang yang berkaitan dengannya. Perancangan baik juga membolehkan anda menyediakan pemindahan perniagaan anda apabila anda bersara, hilang upaya atau meninggal dunia.

Sebaik-baiknya dirahsiakan

Haruskah anda memberi salinan perancangan harta pusaka kepada anak-anak anda? Kebanyakan profesional tidak menyarankannya. Katakanlah anda perlu membuat perubahan kepada sesuatu wasiat. Seandainya anda mendedahkan perancangan harta pusaka tersebut kepada waris pada peringkat awal, pertikaian mungkin berlaku pada kemudian hari seandainya anda ada membuat perubahan.

Mencairkan aset

Sekiranya anda bimbang berlaku rasa tidak puas hati dalam kalangan waris harta pusaka anda, atau berpendapat anda mungkin akan berlaku tidak adil ataupun tidak banyak harta pusaka yang boleh diwariskan kepada mereka yang tersayang, anda boleh memilih untuk mencairkan aset-aset anda dan mengagihkan amaunnya secara adil kepada mereka.

Blog Lain

Scroll to Top