3 sebab mengapa kediaman anda akan bernilai buat masa depan anak-anak anda

Laman Utama / 3 sebab mengapa kediaman anda akan bernilai buat masa depan anak-anak anda

3 sebab mengapa kediaman anda akan bernilai buat masa depan anak-anak anda

3 sebab mengapa kediaman anda akan bernilai buat masa depan anak-anak anda

Memiliki sebuah kediaman sendiri bukan sekadar pelaburan semata-mata. Ia merupakan hasrat dan impian setiap keluarga, malah sebagai ibu bapa ia juga boleh diwariskan kepada anak-anak sebagai tanda kasih. Anak-anak anda sudah pasti akan menghargainya. Berikut adalah antara sebab-sebabnya:

Tempat menyimpan kenangan

Kenangan tidak dapat diulang atau diganti. Sama seperti kenangan berikut: Kali pertama anak anda mengucapkan ‘sayang ayah’. Kali pertama anak anda membelikan anda kek. Saat anak anda terjatuh. Semua detik itu merupakan kenangan, dan kenangan yang tercipta di kediaman keluarga sememangnya berharga buat anda dan anak-anak anda juga. Sekiranya anda menghargai kenangan yang tersimpan, tinggalkan ia bersama-sama dengan kediaman tersebut untuk anak-anak anda hargai dan menikmati lebih banyak kenangan bersama keluarga mereka sendiri kelak.

Tempat membesarkan keluarga

Sungguhpun tiada siapa tahu apa yang bakal terjadi pada masa depan, anda boleh membantu anak anda dengan mewariskan kediaman tersebut kepadanya. Sekiranya mereka tidak mampu membeli kediaman sendiri pada masa depan, mereka masih dapat membesarkan keluarga di kediaman mereka sendiri. Ini membolehkan mereka memberi kehidupan dan pendidikan yang lebih baik kepada anak-anak mereka.

Bantuan kecemasan di saat memerlukan

Kediaman ialah sebuah aset. Aset yang diwariskan kepada anak anda ini akan menjadi lebih bernilai pada masa depan. Ia boleh berfungsi sebagai jaringan keselamatan; sama ada sebagai tempat untuk berlindung atau boleh digunakan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman bank.

Sekiranya anda berhasrat untuk mewariskan kediaman kepada anak-anak, berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

       1. Membuat wasiat

Anda perlu memastikan bahawa anda masih mempunyai tempat tinggal setelah mewariskan kediaman kepada anak-anak, melainkan anda bercadang untuk mewariskannya selepas anda meninggal dunia. Cara terbaik ialah dengan membuat wasiat, biarpun anda ingin mewariskannya sebelum atau selepas pemergian anda. Sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda, ini dapat memastikan yang kediaman itu akan diwarisi oleh anak-anak anda dan bukannya orang lain.

       2.  Sepenuhnya atau sebahagian?

Jika anda bimbang tindakan itu hanya akan membuat anak anda mengambil mudah tentang kehidupan, anda tidak perlu memberikan harta tersebut sepenuhnya. Anda boleh mewariskannya

dengan syarat anak anda akan meneruskan pembayaran pinjaman, ataupun sekiranya anda mempunyai tempat tinggal lain (atau anda yakin mempunyai tempat tinggal walaupun setelah menyerahkan surat ikatan kediaman tersebut kepada anak anda), anda boleh menjual kediaman tersebut kepadanya pada harga yang lebih rendah. Cara ini masih dapat meringankan beban mereka dan sekiranya mereka tidak mampu mengendalikan gadai janji tersebut, masih ada masa dan ruang untuk berbincang tentang tindakan terbaik yang seterusnya.

Blog Lain

Scroll to Top