Rasa tertekan: 5 cara berikut boleh memperbaiki kualiti hidup anda di bandar

Laman Utama / Rasa tertekan: 5 cara berikut boleh memperbaiki kualiti hidup anda di bandar

Rasa tertekan: 5 cara berikut boleh memperbaiki kualiti hidup anda di bandar

Rasa tertekan: 5 cara berikut boleh memperbaiki kualiti hidup anda di bandar

Kehidupan pada zaman moden ini di mana semua orang sentiasa sibuk dengan dunia masing-masing boleh mengakibatkan tekanan. Bagaimana caranya anda boleh memperbaiki kualiti hidup agar sihat, selesa dan ceria walau di mana sahaja anda berada?

Masa untuk diri sendiri

Pertama sekali, adalah penting untuk mempunyai masa untuk diri anda sendiri. Ini bukan bermaksud berjumpa dengan kawan-kawan atau melaksanakan sesuatu urusan, sebaliknya mengambil masa untuk bertenang, menjauhi kesibukan, dan berehat. Anda boleh melakukan sesuatu yang istimewa seperti berurut, ataupun sesuatu yang ringkas seperti berjalan-jalan di taman berhampiran atau membaca buku sambil menghirup secawan kopi kegemaran. Ringkasnya, ‘masa untuk diri sendiri’ ialah melakukan sesuatu yang positif, berbeza daripada rutih harian bagi membolehkan anda berasa relaks, memberi ruang untuk bersendirian dan menyegarkan semula diri anda sebelum kembali menghadapi gaya hidup yang sibuk.

Meluangkan masa menikmati alam semula jadi

Kehidupan yang sibuk boleh membuatkan anda keletihan. Daripada mengisi masa lapang anda bersiar-siar di kompleks beli-belah, luangkan masa berkunjung ke taman yang berhampiran, atau air terjun ataupun mendaki bukit pada hujung minggu. Persekitaran alam semula jadi boleh memberi anda ketenangan fikiran sambil menikmati suasana yang berbeza berbanding dengan suasana hutan batu yang anda tempuhi di bandar setiap hari.

Tinggal dalam kejiranan pembangunan bercampur

Kadangkala, tekanan di tempat kerja dan melaksanakan pelbagai urusan harian boleh menyebabkan anda kehilangan tenaga. Sebaliknya, tinggal dalam kejiranan pembangunan bercampur membolehkan anda untuk melaksanakan pelbagai urusan harian tanpa perlu pergi jauh dan terperangkap dalam kesesakan trafik. Kemudahan kedai yang tersedia berhampiran membolehkan anda melaksanakan urusan seperti membeli barang dapur, mendobi baju, malah membungkus makanan apabila perlu. Semua ini boleh mengurangkan tekanan kerana anda tidak perlu lagi terkejar-kejar untuk melaksanakan urusan kehidupan harian yang ringkas.

Pilih teman yang sesuai

Bagi memperbaiki kualiti kehidupan, anda perlukan teman-teman yang juga berkualiti. Emosi mudah menguasai diri, menyebabkan kita biasanya bertindak serupa dengan mereka yang ada bersama kita. Sekiranya anda dikelilingi oleh mereka yang pesimistik, marah atau kecewa, tertekan dan pentingkan diri sendiri, anda juga akan terikut-ikut seperti mereka tanpa disedari. Keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya anda terpaksa berhadapan dengan mereka yang hanya tahu mengambil tanpa memberi, akhirnya mengakibatkan emosi dan mental anda tertekan. Carilah teman-teman yang positif dan bermotivasi bagi membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih optimis.

Amalkan kesederhanaan

Kunci kehidupan secara amnya ialah kesederhanaan, lebih-lebih lagi pengambilan makanan. Makan secara sihat adalah penting, namun jangan terikut-ikut dengan trend pemakanan terkini. Amalkan kesederhanaan, terutamanya apabila menikmati makanan bergula kerana pengambilan gula berlebihan boleh mengakibatkan anda mengalami kadar gula yang tinggi, dan seterusnya rendah. Salah satu cara terbaik untuk mengekalkan tubuh pada tahap terbaik, sesuai dengan keperluan mental dan emosi anda ialah dengan mengamalkan diet yang seimbang.

Blog Lain

Scroll to Top