pnbvh

PNB ValueHomes

PNB ValueHomes Sdn Bhd ialah anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB), sebuah konglomerat terkemuka yang terbukti kejayaannya dalam industri pelaburan di Malaysia dan luar negara.

Sebagai sebuah syarikat pemaju yang komited, kami diamanahkan oleh kerajaan untuk membina kediaman mampu milik yang dilengkapi kemudahan asas, di beberapa buah lokasi yang telah dan akan dikenal pasti di seluruh negara. Agar lebih ramai rakyat mampu memiliki kediaman mereka sendiri.

Misi kami ialah memastikan para pembeli bukan sekadar mampu memiliki kediaman pertama mereka, malah membolehkan ia menjadi suatu bentuk pelaburan jangka panjang yang boleh diwarisi oleh orang yang tersayang satu hari kelak.

Kami bertekad memastikan kediaman yang kami bina memenuhi keperluan dan mejadi kemegahan setiap keluarga, walau di mana sahaja.

Antara kelebihan kami ialah:
  • • Mengenalpasti lokasi yang strategik
  • • Pilihan jenis kediaman dan keluasan yang diidamkan
  • • Penyediaan pelbagai kemudahan asas
  • • Harga yang mengikut kemampuan anda
  • • Pembinaan yang berkualiti, pemaju yang berwibawa dan sokongan kewangan yang teguh
DAFTAR SEKARANG